CHURP-CHURP SOCIAL SHARING

Monday, April 8, 2013

Panduan Menjawab Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Posted by MissSha at 10:03 PM
Kepada bakal-bakal calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, anda bolehlah menggunakan maklumat di bawah sebagai rujukan dan panduan untuk menjawab soalan bagi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.


Tips Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2013 - Exam PTD 2013

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:
BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Untuk Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i)
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
Kemahiran Logik
(ii)
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii)
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.
Konsep Matematik
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Dapatkan panduan ebook bagi menghadapi peperiksaan ini di pautan sebelah ini - "KLIK SINI". Semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda dalam menghadapi peperiksaan dan menjawab soalan yang akan ditanya nanti. 

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Women's World Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review